PELEPASAN TAKSIRAN CUKAI MELALUI SSPN-i
Kelayakan Pelepasan Taksiran Cukai
Ibubapa yang membuat taksiran bersama dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun; dan
Anak(penerima manfaat) mestilah berumur tidak melebihi 29 tahun pada tahun taksiran cukai.
Penting : Individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak diberi pelepasan taksiran cukai !
Maklumat Tambahan :
Amaun layak pelepasan cukai adalah Simpanan Bersih Tahun Semasa
Amaun layak Pelepasan Cukai Tahun Semasa = (Amaun deposit Dibuat Dalam Tahun Semasa) – (Amaun Pengeluaran Dalam Tahun Semasa)
Contohnya:
Encik Ali membuka akaun SSPN-i (Jenis akaun: Akaun Untuk Anak Sendiri) pada Bulan Disember 2019 dengan deposit RM8,000 tanpa melakukan sebarang pengeluaran sehingga 31/12/2019.
Pada bulan Feb 2020 , Encik Ali telah mengeluarkan RM4,000 dari akaun SSPN-i beliau. Semasa proses eFilling LHDN pada April 2020 , Encik Ali masih layak menuntut pelepasan Taksiran Cukai 2019 maksimum RM8,000.
Pada Bulan Oktober 2020, beliau menambahkan simpanan SSPN beliau sebanyak RM8,000.
Adakah Encik Ali layak mendapat pelepasan cukai maksimum RM8,000 untuk tahun 2020?
Jawapannya Tidak, berdasarkan formula
Amaun layak Pelepasan Cukai Tahun Semasa = (Amaun deposit Dibuat Dalam Tahun Semasa) – (Amaun Pengeluaran Dalam Tahun Semasa)
Encik Ali perlu memasukkan semula amaun yang dikeluarkan pada tahun 2020 dan kemudian membuat penambahan simpanan RM8,000 untuk layak pelepasan cukai SSPN maksimum RM8,000.