TERDAPAT DUA SKIM SIMPANAN YANG DITAWARKAN OLEH PTPTN IAITU

SSPN-i & SSPN-i PLUS

logo_sspni_plus

SIMPANAN SECARA BULANAN SERENDAH RM30/BULAN

 

MAKLUMAT AM SSPN-i PLUS
  • Skim SSPN-i Plus berbeza dengan SSPN-i.
  • Skim ini didatangkan bersama simpanan, perlindungan takaful dan Cabutan Wow.
  • Layak untuk memohon pinjaman PTPTN.
  • Komitmen bulanan, serendah RM30/Bulan sehingga RM500/Bulan tertakluk pakej yang dipilih.
  • Manfaat kematian/ilat kekal RM20,000 sehingga RM1,000,000.00*
  • Manfaat ilat kekal separa sehingga RM100,000.00*
  • Manfaat 36 penyakit kritikal RM10,000 sehingga RM100,000.00*
  • Elaun kemasukan hospital sehingga RM20 sehingga RM200 sehari*
  • Khairat kematian :
    • Pendeposit – sehingga RM18,000.00*
    • Pasangan – sehingga RM9,000.00*
    • 3 anak – sehingga RM2,000.00 seorang*
  • Tiada geran sepadan diberikan
  • Pelepasan taksiran cukai pendapatan
    • sehingga RM8,000.00 setahun berdasarkan simpanan bersih SSPN-i dan akaun SSPN -i Plus tahun semasa dan
    • sumbangan takaful sehingga RM7,000 bagi kakitangan awam berskim pencen atau
    • sumbangan takaful sehingga RM3,000 bagi kakitangan awam/swasta yang mencarum KWSP.
    • Tertakluk kepada pakej dan simpanan bersih tahun semasa.
    • Untuk mendapat penyata sumbangan takaful tahunan bagi pelepasan cukai , pendeposit boleh mendaftar di laman HLMTakaful 360.

    *tertakluk kepada pakej yang dipilih.